BEHIND THE WORD "MEKAR"

My photo
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9, Anugerah Kecemerlangan & Karnival MPPMJ 08/09(MEKAR MPPMJ) 2008/2009

::Syarat-Syarat Pertandingan Debat::



Berikut disenaraikan syarat-syarat DEBAT bahasa Melayu bagi siswa/siswi yang berminat..

Syarat-Syarat Am Pertandingan Debat Antara Mantiqah
Mahasiswa Malaysia Se-Jordan
Pertandingan Debat

1. Setiap mantiqah hanya boleh menghantar SATU (1) pasukan untuk mewakili mantiqah tersebut.

2. Peserta mestilah terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di universiti-universiti Jordan di antara empat mantiqah iaitu Amman, Irbid, Mu’tah dan Mafraq. Semua pasukan mestilah terdiri daripada mahasiswa mantiqah yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah mahasiswa mantiqah berkenaan hendaklah dibuat oleh pihak penganjur. Sekiranya terdapat penyertaan selain mahasiswa seperti yang dinyatakan, maka penyertaan tersebut akan terbatal serta-merta.

3. Para peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya lima belas minit (15 minit) sebelum masa pengundian.

4. Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan.

5. Penukaran peserta adalah dilarang kecuali dengan kebenaran jawatankuasa penganjur.

6. Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan seperti mengucapkan perkataan kasar dan keji.

7. Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran dan hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar seperti buku, carta, majalah dan lain-lain semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.

8. Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.

9. Antara skop usul pertandingan debat ; kenegaraan,mahasiswa, dan isu semasa. Tajuk usul akan dimaklumkan semula sewaktu pertandingan.

10. Sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk kepada NUR HIDAYAH BT MOHD YUSOFF di talian 0779824328.

11. Borang penyertaan ini hendaklah di hantar sebelum atau pada 1 julai 2009 kepada email : aluih_lola28@yahoo.com.


0 comments:

Post a Comment