BEHIND THE WORD "MEKAR"

My photo
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9, Anugerah Kecemerlangan & Karnival MPPMJ 08/09(MEKAR MPPMJ) 2008/2009

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN


1. Setiap Persatuan Zon wajib menghantar 2 kumpulan bagi pertandingan persembahan kebudayaan ini. Iaitu penyertaan adalah setiap zon hendaklah menghantar 2 kumpulan iaitu terdiri daripada kumpulan syabab dan akhwat.


2. Setiap kumpulan hendaklah melebihi daripada 5 orang ahli dan tidak melebihi 15 orang.


3. Peserta pasukan hendaklah ahli daripada Persatuan Zon masing-masing.



PERSEMBAHAN


1. Terdapat senarai 7 bentuk persembahan kebudayaan yang dipertandingkan iaitu :-

· Dikir Barat

· Choral Speaking

· Pentomen

· Lakonan Pendek

· Nasyid

· Zapin

· Lagu Rakyat


2. Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan 2 buah persembahan mengikut pilihan senarai di atas.


3. Masa yang diberikan untuk kedua-dua persembahan setiap kumpulan adalah tidak lebih dari 20 minit.


4. Skrip, senikata atau lagu adalah bebas dari mana-mana sumber sama ada ianya dari saduran/cipla/palagiat,dicetak dan disiarkan untuk sebarang siaran atau sebagainya.


5. Semua jenis persembahan hendaklah berunsur nilai-nilai murni islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya.


6. Bagi pertandingan nasyid ini tidak boleh menggunakan kaedah ‘Minus One’ yang disediakan oleh setiap kumpulan. Alatan muzik untuk persembahan nasyid disediakan sendiri.


7. Manakalah bagi persembahan yang lain dibenarkan menggunakan kaedah ‘Minus One’.



0 comments:

Post a Comment