BEHIND THE WORD "MEKAR"

My photo
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9, Anugerah Kecemerlangan & Karnival MPPMJ 08/09(MEKAR MPPMJ) 2008/2009

:: Perubahan Pertandingan ::


Untuk makluman semua, pertandingan ZAPIN telah dihazafkan dan digantikan dengan pertandingan TARIAN RAKYAT. Berikut merupakan senarai baru persembahan yang dipertandingkan..


Dikir Barat
Choral Speaking
Pentomen
Lakonan Pendek
Nasyid
Tarian Rakyat
Lagu Rakyat


Harap Maklum. Terima kasih.

Read More......

:: Senarai Anugerah ::


1. Anugerah Perdana Siswa

- Akhlak dan peribadi yang terpuji
- Mesra dan komited
- Berkepimpinan
- Akademik dan kokurikulum seimbang
- Komunikasi dan interaksi yang baik
- Disenangi rakan


2. Anugerah Perdana Siswi
- Seperti di atas -


3. Anugerah Cemerlang Akademik
- Calon tahun pengajian semasa bagi sesi pengajian 2008/2009
- PGNK yang konsisten (dean list)
- Berdisiplin (tidak ponteng kelas, datang awal, dan lain-lain)
- Membantu rakan dalam meningkatkan pencapaian akademik


4. Anugerah Cemerlang Kepimpinan (Siswa & Siswi)
- Berkebolehan memimpin organisasi
- Interaksi dan komunikasi baik antara ahli organisasi
- Dihormati dan disegani


5. Anugerah Cemerlang Kokurikulum (Siswa & Siswi)
- Aktif dalam persatuan
- Banyak menyertai aktiviti persatuan (pertandingan, dsb)
- Komited dalam melaksanakan tugas
- Mempunyai banyak nilai tambah dan pengetahuan yang luas
- Peka, cakna dan boleh mengupas isu-isu semasa


6. Anugerah Cemerlang Usahawan (Siswa & Siswi)
- Gigih dan kental dalam menjalankan sesuatu projek usahawan
- Terbukti menghasilkan kejayaan


7. Anugerah Cemerlang Sukan (Siswa & Siswi)
- Aktif dalam sukan
- Banyak menyertai pertandingan sukan di Jordan


8. Anugerah Cemerlang Seni (Siswa & Siswi)
- Penglibatan yang aktif dalam kegiatan seni seperti nasyid, dsb
- Pencapaian yang cemerlang dalam kegiatan seni yang disertai


Read More......

Daftarkan nama anda..


Setiap mahasiswa yang ingin menyertai MEKAR MPPMJ 08/09 (sama ada sebagai peserta pertandingan persembahan mahupun peserta biasa), boleh lah memberikan nama kepada
presiden atau timbalan presiden setiap mantiqah..


AMMAN
- Norkhairi Ibn Kamaruddin
- Nazirah Bint Abdul Rahman

IRBID
- Ahmad Faiz Ibn Ahmad Hamzah
- Siti Nur Fatihah Bint Abdul Halim

MAFRAQ
- Sabran Jamil Ibn Mohd Razak
- Najwa Adawiyah Bint Mohd Tajuddin

MU'TAH
- Muhammad Syaheed Ibn Dato Nizar
- Siti Basyirah Bint Ibrahim


Jumpa kalian di sana... ;)


Read More......

:: Pemberitahuan :- Anugerah Kecemerlangan ::


Salam buat semua..


Di dalam kesibukan setiap mantiqah memilih team bahas, dan 2 team untuk pertandingan kebudayaan, ada satu lagi informasi baru buat semua..

Pihak MSD dengan berbesar hatinya akan menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia seJordan yang telah berjaya sepanjang semester lepas.

Ayuh! Sama-sama hadir untuk meraih semangat mereka demi meneruskan misi suci di bumi anbiya' ini, di samping mendengar perbahasan hangat dari perwakilan amm MPPMJ 08/09.

Wallahua'lam..

Read More......

::Berminat?? Sila Hubungi...::


Berminat untuk menyertai??

Kumpulan yang berminat diminta mengisi borang yang disertakan oleh setiap Persatuan Zon dan menghantar penyertaan kepada:

Ahli Jawatan Kuasa Karnival Akademik;

No.Hp : +962779072714 (Saudara Amzari)
: +962779117484 (Saudari Farah Wahidah)

atau terus hantar ke email MPPMJ iaitu mppm_jordan@yahoo.com


Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 1 Julai 2009

Jangan terlewat...

Read More......

::Syarat-Syarat Pertandingan Debat::



Berikut disenaraikan syarat-syarat DEBAT bahasa Melayu bagi siswa/siswi yang berminat..

Syarat-Syarat Am Pertandingan Debat Antara Mantiqah
Mahasiswa Malaysia Se-Jordan
Pertandingan Debat

1. Setiap mantiqah hanya boleh menghantar SATU (1) pasukan untuk mewakili mantiqah tersebut.

2. Peserta mestilah terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di universiti-universiti Jordan di antara empat mantiqah iaitu Amman, Irbid, Mu’tah dan Mafraq. Semua pasukan mestilah terdiri daripada mahasiswa mantiqah yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah mahasiswa mantiqah berkenaan hendaklah dibuat oleh pihak penganjur. Sekiranya terdapat penyertaan selain mahasiswa seperti yang dinyatakan, maka penyertaan tersebut akan terbatal serta-merta.

3. Para peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya lima belas minit (15 minit) sebelum masa pengundian.

4. Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan.

5. Penukaran peserta adalah dilarang kecuali dengan kebenaran jawatankuasa penganjur.

6. Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan seperti mengucapkan perkataan kasar dan keji.

7. Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran dan hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar seperti buku, carta, majalah dan lain-lain semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.

8. Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.

9. Antara skop usul pertandingan debat ; kenegaraan,mahasiswa, dan isu semasa. Tajuk usul akan dimaklumkan semula sewaktu pertandingan.

10. Sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk kepada NUR HIDAYAH BT MOHD YUSOFF di talian 0779824328.

11. Borang penyertaan ini hendaklah di hantar sebelum atau pada 1 julai 2009 kepada email : aluih_lola28@yahoo.com.


Read More......

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN


1. Setiap Persatuan Zon wajib menghantar 2 kumpulan bagi pertandingan persembahan kebudayaan ini. Iaitu penyertaan adalah setiap zon hendaklah menghantar 2 kumpulan iaitu terdiri daripada kumpulan syabab dan akhwat.


2. Setiap kumpulan hendaklah melebihi daripada 5 orang ahli dan tidak melebihi 15 orang.


3. Peserta pasukan hendaklah ahli daripada Persatuan Zon masing-masing.



PERSEMBAHAN


1. Terdapat senarai 7 bentuk persembahan kebudayaan yang dipertandingkan iaitu :-

· Dikir Barat

· Choral Speaking

· Pentomen

· Lakonan Pendek

· Nasyid

· Zapin

· Lagu Rakyat


2. Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan 2 buah persembahan mengikut pilihan senarai di atas.


3. Masa yang diberikan untuk kedua-dua persembahan setiap kumpulan adalah tidak lebih dari 20 minit.


4. Skrip, senikata atau lagu adalah bebas dari mana-mana sumber sama ada ianya dari saduran/cipla/palagiat,dicetak dan disiarkan untuk sebarang siaran atau sebagainya.


5. Semua jenis persembahan hendaklah berunsur nilai-nilai murni islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya.


6. Bagi pertandingan nasyid ini tidak boleh menggunakan kaedah ‘Minus One’ yang disediakan oleh setiap kumpulan. Alatan muzik untuk persembahan nasyid disediakan sendiri.


7. Manakalah bagi persembahan yang lain dibenarkan menggunakan kaedah ‘Minus One’.



Read More......

::Berita baik!! - Lagi pertandingan::


Bismillahirrahmanirrahim

Bahas hanya dipertandingkan dalam bahasa Melayu.
Selain bahas, terdapat 7 lagi bentuk persembahan kebudayaan yang dipertandingkan iaitu :-

Dikir Barat
Choral Speaking
Pentomen
Lakonan Pendek
Nasyid
Zapin
Lagu Rakyat

Maklumat lanjut akan menyusul..


Read More......

::Sekilas mengenai MEKAR '08/'09::




SALAM BUAT SEMUA..

Gabungan antara ‘Annual Grand Meeting’ (AGM) @ muktamar MPPMJ kali ke-9 pada sesi 2008/2009 ini bersama dengan Karnival Akademik dan Kebudayaan MPPMJ untuk kesekian kalinya telah membuahkan MEKAR kali pertama (Mesyuarat Agung dan Karnival Akademik & Kebudayaan MPPMJ).

Memerhati persidangan barisan kepimpinan MPPMJ sesi 2008/2009, turut diadakan pilihan raya sesama AMM (ahli majlis mesyuarat) MPPMJ bagi memilih kepimpinan baru yang bakal meneruskan agenda perjuangan MPPMJ.

Perkampungan selama 2 hari di Universiti Al-Bayt, Mafraq ini turut menyaksikan pertempuran nasyid (lelaki dan perempuan) dan debat bahasa Melayu antara 4 mantiqah – Amman, Irbid, Mafraq dan Muktah.

Ayuh sertai!.. Jangan ketinggalan! 

**sebarang pindaan maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


Read More......

::IKLAN::


Read More......