Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) merupakan sebuah badan bebas yang dilantik oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia(MPPM) di Jordan,untuk mengurus dan mengendalikan proses perjalanan pilihanraya MPPM.Untuk keterangan lanjut serta sebarang pertanyaan, boleh la dikemukakan melalui email - mppm_spr@yahoo.com.
Untuk makluman semua, pertandingan ZAPIN telah dihazafkan dan digantikan dengan pertandingan TARIAN RAKYAT. Berikut merupakan senarai baru persembahan yang dipertandingkan..
1. Anugerah Perdana Siswa - Akhlak dan peribadi yang terpuji - Mesra dan komited - Berkepimpinan - Akademik dan kokurikulum seimbang - Komunikasi dan interaksi yang baik - Disenangi rakan
2. Anugerah Perdana Siswi - Seperti di atas -
3. Anugerah Cemerlang Akademik - Calon tahun pengajian semasa bagi sesi pengajian 2008/2009 - PGNK yang konsisten (dean list) - Berdisiplin (tidak ponteng kelas, datang awal, dan lain-lain) - Membantu rakan dalam meningkatkan pencapaian akademik
4. Anugerah Cemerlang Kepimpinan (Siswa & Siswi) - Berkebolehan memimpin organisasi - Interaksi dan komunikasi baik antara ahli organisasi - Dihormati dan disegani
5. Anugerah Cemerlang Kokurikulum (Siswa & Siswi) - Aktif dalam persatuan - Banyak menyertai aktiviti persatuan (pertandingan, dsb) - Komited dalam melaksanakan tugas - Mempunyai banyak nilai tambah dan pengetahuan yang luas - Peka, cakna dan boleh mengupas isu-isu semasa
6. Anugerah Cemerlang Usahawan (Siswa & Siswi) - Gigih dan kental dalam menjalankan sesuatu projek usahawan - Terbukti menghasilkan kejayaan
7. Anugerah Cemerlang Sukan (Siswa & Siswi) - Aktif dalam sukan - Banyak menyertai pertandingan sukan di Jordan
8. Anugerah Cemerlang Seni (Siswa & Siswi) - Penglibatan yang aktif dalam kegiatan seni seperti nasyid, dsb - Pencapaian yang cemerlang dalam kegiatan seni yang disertai
Setiap mahasiswa yang ingin menyertai MEKAR MPPMJ 08/09 (sama ada sebagai peserta pertandingan persembahan mahupun peserta biasa), boleh lah memberikan nama kepada presiden atau timbalan presiden setiap mantiqah..
AMMAN
- Norkhairi Ibn Kamaruddin - Nazirah Bint Abdul Rahman
IRBID - Ahmad Faiz Ibn Ahmad Hamzah - Siti Nur Fatihah Bint Abdul Halim
MAFRAQ - Sabran Jamil Ibn Mohd Razak - Najwa Adawiyah Bint Mohd Tajuddin
MU'TAH - Muhammad Syaheed Ibn Dato Nizar - Siti Basyirah Bint Ibrahim
Di dalam kesibukan setiap mantiqah memilih team bahas, dan 2 team untuk pertandingan kebudayaan, ada satu lagi informasi baru buat semua..
Pihak MSD dengan berbesar hatinya akan menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia seJordan yang telah berjaya sepanjang semester lepas.
Ayuh! Sama-sama hadir untuk meraih semangat mereka demi meneruskan misi suci di bumi anbiya' ini, di samping mendengar perbahasan hangat dari perwakilan amm MPPMJ 08/09.